Selasa, 11 September 2012

Mari mencuba: kapal layarku


Gambar hiasan
Pernah tak kita tengok kapal layar?
mungkin ada yang pernah mungkin ada yang tak pernah tengok..

Jom kita buat kapal layar gunakan sabut kelapa.

Info:Bagaimana cahaya bergerak ?

gambar hiasan..matahari
Cahaya daripada matahari membolehkan kita melihat benda-benda di sekeliling kita.

Sumber-sumber cahaya adalah seperti berikut:
a) Matahari
b) Lilin
c) Lampu suluh
d) Lampu elektrik 

Pernahkah kita terfikir bagaimana cahaya bergerak?  

Salah satu sifat cahaya ialah cahaya bergerak dalam satu garis lurus kesemua arah

Aktiviti dibawah menunjukkan sifat cahaya bergerak lurus


Isnin, 10 September 2012

Main bunga api waktu siang?

Kita selalu tengok bunga api pada waktu malam kan?..

sekarang kita cuba tengok pula apa yang terjadi kalau main bunga api waktu siang..enjoy  


sumber: youtube

Mari mencuba: Ada kuasa di jariku ?

Jari ada kuasa? betul ke ni. Macam tak caye je
Mari kita tengok sama-sama

Jari siapa ni?
Opps. Gambar jari siapa tu ?..jari siapa-siapa jelah ye..
Sekarang kita nak test betul ke ada kuasa di jari kita. 

Mari mencuba: Buih-buih cinta

Masa kecik-kecik dulu pernah tak kita main buih ?

Gambar hiasan
Nak cuba macam mana nak buat buih sabun ni??

Jom kita buat sama-sama. Senang je.

Mari Mencuba : Klip terapung

Boleh ke klip kertas terapung di permukaan air?
Siapa kata boleh?
Siapa kata tak boleh?

ok..kalau nak tahu jawapannya..jom kita try buat aktiviti ni..simple je.

Bahan-bahan yang kita perlukan:
1. bekas air (jug air pun boleh) minta izin mak dulu
2. klip kertas
3. tisu
4. lidi sate


 
Ini bahan-bahan yang kita perlukan..

Ahad, 9 September 2012

Info: Apungkan dirimu..

Boleh ke kita terapung di laut ?? Urm..tak bolehlah..macam mana badan kita yang berat ni nak terapung atas air ???

tapi betul ke tak boleh??? cuba tengok ni..(awas, jangan cuba tanpa pengawasan dari orang yang mahir tentang air)

yea..syoknye dapat terapung..
Ketumpatan air ialah 1000 kg/m3
Ketumpatan air laut ialah 1025kg/m3
Tapi macam mana kita boleh terapung ye??
Di sini ada sedikit penerangannya.

Info: Air oh air

Lautan yang luas


Seronok rasanya apabila dapat bermain-main air terutamanya apabila berada di tepi pantai. Suasana yang tenang dapat dirasai disamping kita menikmati keindahan alam. Namun, tahukah kita berapakah kandungan air yang berada dibumi kita?

Mari mencuba: Tanah yang berlapis

Mari kita buat sedikit ujikaji tentang tanah bersama-sama.
Antara barang yang diperlukan untuk melihat lapisan tanah ini ialah

1. sedikit tanah
2. corong(buat pakai kertas pun boleh)
3. sedikit air
4. botol air

ok...jom buat bersama-sama

Info: Kandungan tanah

Gambar hiasan, tanah
Apa yang terkandung dalam tanah? biasanya kita hanya melihat atas tanah terdapat batu, pasir kadang-kadang ada najis binatang, semut-semut kecil dan sebagainya. Bukan itu sahaja, tanah juga mengandungi pelbagai elemen yang tidak kita sedari akan kewujudannya.


Perhati dan teruskan perhati…

Cuba kita perhatikan sejenak suasana di sekeliling kita, sama ada kita berada di bandar raya yang besar ataupun berada di kampung halaman. Suasana di bandar yang mana penuh dengan kesibukan, jalan raya yang sesak, bunyi bising, keadaan udara yang kurang sihat dan pelbagai lagi. Namun begitu, segala kemudahan seperti pasar raya, kompleks sukan, hiburan dan pelbagai lagi terdapat di bandar.
Gambar hiasan..Bandaraya Kuala Lumpur

Gambar hiasan...pemanadangan di kampung
Sebaliknya, apabila berada di kampung halaman,  semestinya terdapat pelbagai kekurangan dan kemudahan yang terdapat di kampung tidak setanding dengan apa yang terdapat seperti di bandar-bandar yang besar dan sedang pesat membangun. Namun begitu, keadaan di kampung yang mana kita dapat menghirup udara yang segar, tanah-tanah yang subur dengan pelbagai jenis tanaman, bebas dari kesibukan  keadaan yang tenang dan harmoni.





 
Tidak kira di mana kita berada, kehidupan perlu diteruskan. Pernahkah kita berfikir tentang unsur-unsur sains yang terdapat dalam kehidupan seharian kita? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tidak ambil endah sahaja. Jom berkongsi beberapa aktiviti tentang sekeliling kita yang boleh kita lakukan bersama untuk mengkaji alam sekeliling kita.





Isnin, 3 September 2012