Isnin, 10 September 2012

Mari Mencuba : Klip terapung

Boleh ke klip kertas terapung di permukaan air?
Siapa kata boleh?
Siapa kata tak boleh?

ok..kalau nak tahu jawapannya..jom kita try buat aktiviti ni..simple je.

Bahan-bahan yang kita perlukan:
1. bekas air (jug air pun boleh) minta izin mak dulu
2. klip kertas
3. tisu
4. lidi sate


 
Ini bahan-bahan yang kita perlukan..

Mula-mula kita letakkan klip kertas di atas kertas tisu. Selepas itu, masukkan klip kertas dengan tisu tadi ke dalam bekas air dengan perlahan-lahan 
dah masukkan klip kertas dengan tisu 
kemudian kita gunakan lidi sate tekan kertas tisu perlahan-lahan

tisu dah tenggelam..
tapi klip kertas tenggam sekali tak???? 

jeng-jeng-jeng

nak tahu jawapannya...
ini dia..

klip kertas tak tenggelam..tengok kertas tisu dah tenggelam. klip kertas boleh terapung
Macam mana ye klip boleh terapung?

Sebenarnya klip terapung kerana permukaan air berada dalam keadaan yang tegang. Jadi terdapat daya yang menolak klip ke atas. Daya yang boleh mengapungkan objek kecil dipanggil tegangan permukaan.

Boleh tak kita kurangkan tegangan permukaan air?nantikan post seterusnya..


sumber: eksperimen sains belakang rumah.












2 ulasan: