Isnin, 10 September 2012

Mari mencuba: Buih-buih cinta

Masa kecik-kecik dulu pernah tak kita main buih ?

Gambar hiasan
Nak cuba macam mana nak buat buih sabun ni??

Jom kita buat sama-sama. Senang je.
Macam biasa bahan-bahannya:

bahan-bahan yang kita perlukan
1. bekas air
2. dawai
3. sedikit sabun pencuci pinggan

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah:
bentukkan dawai sehingga menjadi bentuk hati.

dawai yang sudah dibentuk 
lepas tu, masukkan sedikit pencuci pinggan ke dalam bekas dan kacau.

buih sudah terhasil
sekarang kita gunakan dawai yang dibentuk tadi, celupkan sekejap dalam bekas air dan tiupkan..dah siap..

Selamat mencuba semua..

sumber: eksperimen sains belakang rumah

2 ulasan: