Ahad, 9 September 2012

Perhati dan teruskan perhati…

Cuba kita perhatikan sejenak suasana di sekeliling kita, sama ada kita berada di bandar raya yang besar ataupun berada di kampung halaman. Suasana di bandar yang mana penuh dengan kesibukan, jalan raya yang sesak, bunyi bising, keadaan udara yang kurang sihat dan pelbagai lagi. Namun begitu, segala kemudahan seperti pasar raya, kompleks sukan, hiburan dan pelbagai lagi terdapat di bandar.
Gambar hiasan..Bandaraya Kuala Lumpur

Gambar hiasan...pemanadangan di kampung
Sebaliknya, apabila berada di kampung halaman,  semestinya terdapat pelbagai kekurangan dan kemudahan yang terdapat di kampung tidak setanding dengan apa yang terdapat seperti di bandar-bandar yang besar dan sedang pesat membangun. Namun begitu, keadaan di kampung yang mana kita dapat menghirup udara yang segar, tanah-tanah yang subur dengan pelbagai jenis tanaman, bebas dari kesibukan  keadaan yang tenang dan harmoni.





 
Tidak kira di mana kita berada, kehidupan perlu diteruskan. Pernahkah kita berfikir tentang unsur-unsur sains yang terdapat dalam kehidupan seharian kita? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tidak ambil endah sahaja. Jom berkongsi beberapa aktiviti tentang sekeliling kita yang boleh kita lakukan bersama untuk mengkaji alam sekeliling kita.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan