Ahad, 9 September 2012

Mari mencuba: Tanah yang berlapis

Mari kita buat sedikit ujikaji tentang tanah bersama-sama.
Antara barang yang diperlukan untuk melihat lapisan tanah ini ialah

1. sedikit tanah
2. corong(buat pakai kertas pun boleh)
3. sedikit air
4. botol air

ok...jom buat bersama-sama



Mula-mula kita try buat corong guna kertas
 kertas A4
lepas tu lipat hujung bucu kertas bahagian yang lebar ke bahagian yang memanjang macam dalam gambar di bawah..
lipat macam buat bentuk segi tiga  
gunting bahagian segi empat tepat..berhati-hati ya...tajam gunting tu..
eh..macam mana gunting ni berdiri sendiri??haha
lipat kertas jadi bentuk segi tiga macam dalam gamabar dibawah.
lipat 2 kali sampai jadi bentuk segi tiga
cuba buka..dapat bentuk corong
bukaan lipatan segi tiga
potong sikit bahagian muncung

potong muncung
dah pun siap..sekarang staplerkan untuk nampak kemas..huhu.

dah siap..corong kertas..
jangan guna untuk air ye..
OK..corong kita dah siap..sekarang kita boleh mulakan aktiviti tengok lapisan tanah.

inilah bahan-bahannya..
gunakan corong kertas yang kita dah buat tadi, masukkan tanah ke dalam botol.
masukkan tanah dalam botol
lepas tu kita tuangkan sedikit air
berhati-hati..jangan membazir air
bila dah letak air tadi..tutup botol dan goncangkan botol selama 1 minit..

Dan inilah hasilnya..........
cuba kenalpasti setiap lapisan yang terbentuk..selamat mencuba. 

lagi lama dibiarkan lagi jelas kelihatan lapisan tanahnya..








1 ulasan:

  1. Fortuna and her company live on a 'lucky island' with casino
    Fortuna 토토 축구 중계 부띠끄 and her company live on a 블랙 잭 룰 'lucky island' with casino game-inspired slot machines, 스포츠 토토 결과 and a slot machine that will make its way to Las Vegas with 스포츠토토 용지 샤오미 more 토토 커뮤니티

    BalasPadam