Isnin, 10 September 2012

Mari mencuba: Ada kuasa di jariku ?

Jari ada kuasa? betul ke ni. Macam tak caye je
Mari kita tengok sama-sama

Jari siapa ni?
Opps. Gambar jari siapa tu ?..jari siapa-siapa jelah ye..
Sekarang kita nak test betul ke ada kuasa di jari kita. 
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. bekas air
2. sabun pencuci
3. kad segitiga

bahan-bahan yang kita perlukan
Mula-mula kita letakkan kad dalam bekas air

kad sudah diletakkan dalam bekas air
ok, lepas itu kita letak hujung jari di belakang kad tersebut.

lihat apa yang sudah berlaku?

kad sudah bergerak ke hadapan.
rupanya-rupanya ini rahsianya..haha.
calitkan sedikit sabun pada hujung jari kita sebelum masukkan jari tadi..


Apa yang berlaku?
Sabun tadi telah mengurangkan daya tegangan permukaan air yang mana menyebabkan kad tersebut bergerak kehadapan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan