Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat
tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit
kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila
umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi
gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai
runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai
menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United
Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di
syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai
imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga
dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandunsan idea.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah
dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah
sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk
pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam
mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu
mentol!
Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam
proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari
1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat
terkenal kini.
King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun
untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur
Gillitte.
Jom kita lihat video bawah
Semoga menjadi pencetus segala kemungkinan dalam mencipta kecemerlangan
Selamat berjuang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan