Apakah anda rasa terbeban dan sering mengeluh dengan bil
elektrik yang tinggi setiap bulan? Amalkan langkah mudah dibawah ini untuk anda
mula menjimatkan elektrik lantas akan mengurangkan bil elektrik anda setiap
bulan.
Tip Jimat Elektrik 1:
Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah
sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu,
pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.
Tip Jimat Elektrik 2:
Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika
tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.
Tip Jimat Elektrik 3:
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas
berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan
tak tahan barulah gunakan penyaman udara.
Tip Jimat Elektrik 4:
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih
pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak
bilangannya.
Tip Jimat Elektrik 5:
Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu,
kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.
Tip Jimat Elektrik 6:
Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti
menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan
sesuatu majlis atau kenduri.
Tip Jimat Elektrik 7:
Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan
('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh.
Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga
elektrik yang berlebihan.
Tip Jimat Elektrik 8:
Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
Tip Jimat Elektrik 9:
Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil
peti ais anda.
Tip Jimat Elektrik 10:
Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi
sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas
ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan